Pakar Percutian Japan & Korea
Yang Dipercayai Sejak 2015
JTG Dreamscape Sdn. Bhd. ialah agensi pelancongan berdaftar MOTAC yang berpangkalan di Tokyo, Jepun dan Denai Alam, Malaysia. Kami fokus menyediakan pengalaman percutian berkualiti, teratur dan Muslim-friendly.
Bermula Dari Pengalaman Sebenar di Jepun
JTG Dreamscape Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2015, diasaskan oleh anak muda Malaysia yang telah belajar, bekerja dan menetap di Jepun sejak 2013. Kami bina servis ini berdasarkan pengalaman sebenar — memahami budaya, bahasa dan rutin tempatan.
Beroperasi dari Jepun & Malaysia
Tokyo, Japan
Lokasi operasi untuk koordinasi itinerary, lokasi lawatan, dan jaringan tempatan.
Denai Alam, Malaysia
Urusan konsultasi, tempahan, pengurusan pelanggan dan sokongan sebelum trip.
Arah & Fokus JTG Dreamscape
Kami bina jenama ini untuk jadi rakan pelancongan yang paling dipercayai untuk trip Japan & Korea.
Menjadi agensi pelancongan yang pertama di Asia yang diiktiraf sebagai pakar dalam pelancongan ke seluruh dunia, dengan komitmen terhadap kecemerlangan & kepuasan pelanggan.
Pengalaman Unik
Memberikan pengalaman yang unik di Jepun & Korea dengan susunan yang realistik.
Servis Premium
Menawarkan servis premium pada harga mampu milik tanpa mengorbankan kualiti.
No.1 di Asia
Menjadi rakan pelancongan No.1 ke Jepun & Korea di Asia melalui bukti servis.
Kepercayaan Pelanggan
Meningkatkan kepuasan dan kepercayaan pelanggan dengan servis yang konsisten.
Komitmen Kami Untuk Anda
Kami percaya servis yang bagus bukan sekadar itinerary cantik — tapi komunikasi, susunan masa, dan jaga detail.
Kami Bina JTG Untuk Jadi Travel Partner Yang Anda Boleh Percaya
JTG Dreamscape bermula dari pengalaman sebenar kami tinggal di Jepun — sebab itu kami faham apa yang pelanggan perlukan bila travel: itinerary yang realistik, tempo yang selesa, dan bantuan yang responsive.
Sama ada anda first timer, trip keluarga, atau group corporate — objektif kami tetap sama: buat anda rasa “trip ni senang” dari awal planning sampai balik.
Nak Trip Japan & Korea
Yang Tersusun & Selesa?
Beritahu tarikh cuti, jumlah ahli dan bajet anda. Kami akan cadangkan itinerary yang sesuai (pakej sedia ada atau custom) lengkap dengan susunan masa yang realistik.